Buat julung kalinya Program Candat Sotong Terengganu yang diperkenalkan kerajaan negeri Terengganu berjaya menarik penyertaan peserta dari Romania, Australia dan Indonesia.<br /><br />Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata ia adalah perkembangan positif susulan promosi berterusan yang dilaksanakan bagi menarik pengunjung, khususnya dari luar negara.
